Jawatan Kosong

Syarikat kami sedang berkembang pesat khusus dalam menjadi salah-satu jenama terkemuka produk kesihatan & kecantikan. Sehubungan dengan itu, kami memerlukan lebih ramai ahli pasukan baru dalam syarikat kami bagi bersama-sama membangunkan jenama produk kami ini.

Berikut adalah senarai kekosongan jawatan yang terdapat di syarikat kami:-

 

EKSEKUTIF PEMASARAN & JUALAN (5 Kekosongan; Gaji RM1000-RM3000)

Skop Tugasan:-

  • Merancang dan memikirkan idea-idea baru pemasaran samada secara offline mahupun online bagi meningkatkan lagi kesedaran lebih ramai rakyat Malaysia khususnya tentang jenama produk kami
  • Mengimplementasi segala perancangan pemasaran yang telah diatur samada secara offline dan online
  • Menjalin hubungan baru bersama prospek-prospek yang berpotensi menjadi pelanggan produk syarikat
  • Kerja di luar daerah (outstation) berdasarkan keperluan
  • Membantu kerja-kerja operasi harian pejabat urusan pemasaran kami yang melibatkan aktiviti pemasaran & jualan
  • Melapor di bawah Ketua Bahagian Pemasaran syarikat
  • Mencapai sasaran jualan bulanan seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat
  • LOKASI: Alor Setar, Kedah

 

Kelayakan:-

  • SPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan, Pemasaran & Jualan, atau apa jua bidang
  • Mempunyai pengalaman dan latar-belakang dalam bidang pemasaran dan jualan
  • Mempunyai kemahiran asas dalam Pemasaran Internet adalah suatu nilai tambah
  • Seorang yang berfikiran kritis & kreatif
  • Bersemangat & bermotivasi tinggi serta mampu menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang pantas
  • Graduan digalakkan memohon
  • Mempunyai lesen memandu kelas D atau kenderaan sendiri (Digalakkan)

Untuk memohon, hantarkan resume ke email admin@lerosellebeauty.com

*TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15/9/2013

 

 

PEREKA GRAFIK (1 Kekosongan; Gaji RM1000-RM2000)

Skop Tugasan:-

  • Mereka grafik bahan-bahan pemasaran syarikat berdasarkan keperluan & permintaan dari masa ke semasa
  • Mereka bentuk grafik bahan-bahan pemasaran syarikat samada bahan pemasaran bercetak ataupun secara digital (for web)
  • Melapor di bawah Ketua Bahagian Pemasaran syarikat
  • LOKASI: Alor Setar, Kedah

 

Kelayakan:-

  • Mempunyai Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Reka Grafik atau yang berkaitan
  • Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop & Adobe Illustrator
  • Mempunyai kemahiran dalam penghasilan video menggunakan Adobe After Effects adalah suatu nilai tambah

Untuk memohon, hantarkan resume dan portfolio hasi kerja (artwork) ke email admin@lerosellebeauty.com

*TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15/9/2013