Tentang Kami

semuaprodukleroselle

Rangkaian produk-produk Le’Roselle ini telah diasaskan dan dikilangkan oleh kami sendiri di bawah syarikat Al-Faiz Industries Sdn. Bhd. yang berpusat di Jitra, Kedah.

Penubuhan Al-Faiz  Industries Sdn.Bhd adalah berdasarkan idea untuk mengembangkan industri Roselle di Malaysia dan demi

memenuhi pasaran eksport ke luar negara.  Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan sejuta khasiat yang ada pada tumbuhan Roselle kepada masyarakat.

Syarikat ini dimiliki oleh Tuan Azhar Hj. Md Yusoff yang berpengalaman luas sejak 2000 lagi dalam menghasilkan dan memasarkan produk-produk kesihatan & kecantikan terutama sekali berasaskan tumbuhan Roselle.

Kini kami bukan hanya menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan berasaskan Roselle kami sendiri sahaja, kami juga telah mengorak langkah dengan membuka peluang pengilangan kontrak OEM di Kedah ini.

Produk utama kami Le’Roselle 4-in-1 Skincare ini merupakan hasil produk daripada kajian usahasama pihak Le’Roselle Corporation Sdn. Bhd. (anak syarikat di bawah naungan Al-Faiz Industries Sdn. Bhd.) dan pihak SIRIM pada tahun 2009 bagi mencipta satu formula baru produk kecantikan khusus dalam perawatan wajah kulit berasaskan tumbuhan Roselle yang dikatakan sangat kaya dengan sumber Vitamin C.

sirimleroselle

Kini sudah tiba masanya untuk anda menyingkap 1001 rahsia khasiat tumbuhan Roselle ini bagi menjadikan anda seorang wanita dambaan pasangan anda setiap masa.

modelleroselle

Layari link-link berikut untuk mengetahui kehebatan produk-produk kami yang pasti dapat membantu menjadikan anda wanita yang lebih anggun:-

  1. Le’Roselle 4-in-1 Skincare
  2. Coco Collagen Plus Birdnest
  3. Rollagen Slim